Terapi PTB adalah suatu metod untuk membetulkan posisi tulang seluruh tubuh, mengendurkan otot-otot dan jaringan sel-sel organik serta secara radikal menghilangkan penyakitnya, dengan tulang pinggul sebagai pusatnya. Kaedah yang admin jalankan adalah gabungan kaedah Yumeiho, Kiropraktik, Zamathera dan beberapa kaedah lain yang setakat ini memberikan kadar kesembuhan yang lebih maksimum.
Metod PTB yang admin jalankan ialah suatu terapi pemijatan @ akupressor, ‘stretching’ bagi pelonggaran sendi dan seterusnya kaedah regangan yang in sya Allah dapat memulihkan sendi-sendi yang terkehel dan meletakkan kembali tulang-tulang yang mengalami dislokasi/perubahan.
Hampir kesemua orang akan mengalami dislokasi tulang pinggul atau tulang belakang walaupun sedikit. Namun ramai yang tidak menyedari hakikat tersebut. Contohnya dislokasi tulang pinggul akan menyebabkan tulang punggung menekan urat saraf yang menyebabkan gangguan fungsi otot, sendi-sendi dan seluruh organ dalaman tubuh yang lain. Akhirnya menjadi penyebab utama rasa sakit pada kepala, belakang badan, pelbagai masalah disc/tulang belakang, pinggul, kaki, bahu dan masalah organ dalaman tubuh badan.
Bagi yang dah lama sakit atau sudah berikhtiar pelbagai kaedah rawatan urut tradisional tetapi masalah masih juga belum selesai, anda sangat digalakkan mencuba Terapi Pelarasan Tulang Belakang, Pinggul, Sendi dan Saraf ini.
JOM BEBASKAN DIRI ANDA DARI MASALAH SAKIT BELAKANG, PINGGUL , SENDI DAN SARAF.
Keluhan sakit pinggang lama @ kerap lenguh pinggul
Masalah saraf tersepit seperti slip disc, sciatica atau lower back pain
Rasa sengal teramat sepanjang tulang belakang @ sepanjang kaki.
Keluhan lemah syahwat
Period pain tidak menentu
Keluhan sindrom "frozen shoulder"
Kaki rasa pendek sebelah
Badan dah mula membongkok @ senget
Bunyi meletup di pinggang apabila angkat barang
Susah nak tidur malam
Rasa ketat leher @ susah nak toleh
Badan selalu rasa keletihan
Stress
Vertigo
Lain-lain keluhan
Terapi yg bukan sekadar melegakan kesakitan yang dialami pesakit, tetapi memfokuskan mencari dan menyelesaikan punca kepada masalah.
Lihat youtube yang disediakan untuk rujukan.
Tempoh rawatan sekurang-kurangnya 45 minit untuk hasil yang maksimum. Banyak gerakan-gerakan yang dilakukan untuk memastikan pesakit berpuas-hati selepas jalani rawatan di sini. Pakej sekali ubat homeopati untuk memastikan agar pesakit memperolehi proses kesembuhan yang lebih cepat.
D'Hijrah Naturopathic Centre
No 15 Jalan LEP 6/2 Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami, atau untuk buat temujanji.
Isnin - Ahad
Siang: 10:00am hingga 6:00pm
Malam: 8:00pm hingga 10:00pm (by appointment)