website templates

MADU QUAD

Madu Lebah Tualang Yang Diambil Terus Dari Pemburu Madu

BERITA BAIK BUAT PENGGEMAR MADU TUALANG

7 Sebab Untuk Anda Gembira

1.

Satu-satunya pemburu madu Tualang terbesar di Malaysia.

2.

Memegang ratusan lebih pokok Tualang di seluruh alam Melayu.

3.

Madu pilihan terbaik. Boleh diamalkan seisi keluarga anda.

4.

Dijamin keasliannya 100%

5.

Wild, raw, unprocessed Golden Tualang Honey

6

Manfaat kesihatan yang luar biasa sebagai anti penuaan, anti oksidan, anti kanser, anti bakteria, anti asma, dan sebagainya. 

7.

Harga mampu milik

VIDEO MADU QUAD

Madu Tualang 1 tan di Kilang Penapisan Quadmeds 

Mobirise

APA YANG PENTING

Manfaat Madu Hutan Alam Nusantara Ini Dapat Disebarkan Ke Serata Negeri

Orang tak perlu panjat pokok tualang, risiko jatuh dari ketinggian puluh meter. Sengatan lebah gergasi apis dorsata, menunggu musim menuai, atau mcm mana. Hanya order dari tim edaran kita dan tunggu posmen sampai depan rumah atau office.

Mobirise

DIIKTIRAF

Sijil makmal UNIPEQ UKM dan cara menurunkan madu tualang disediakan beserta video. Jika terbukti tidak asli, kita ganti 10x ganda.

VIDEO MADU QUAD

Proses Menurunkan Madu Lebah Tualang di Kawasan Pergunungan Tinggi 

HARGA MADU QUAD

Stok 430gm = RM55

KHASIAT MADU TERBUKTI MENERUSI KAJIAN SAINTIFIK

Artikel

MADU boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora.

MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.

Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.

Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja.

Madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli.

Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun, hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa.

Pertumbuhan bakteria

Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

Justeru, dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan. Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A, dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

Dalam madu ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih. Antara enzim dalam madu ialah enzim oksidase, invertase, amilase dan katalase. Bagaimanapun, enzim utama dalam madu ialah invertase, diastase, dan glukosa oksidase.

Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukan madu secara semula jadi. Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik. Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.

Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C. Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur.

Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi.

Namun, dalam era moden dan teknologi canggih kini, ada segelintir pengusaha madu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang mudah membuat madu tiruan dengan mencampurkan gula dan bahan kimia yang terlarang untuk menghasilkan madu seakan-akan sama warna dan rasa seperti madu asli.

Kedua-dua penulis dari Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia.

LOKASI KAMI

JOM TEMPAH SLOT RAWATAN SEGERA!

D'Hijrah Naturopathic Centre
No 15 Jalan LEP 6/2 Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

INGIN BUAT TEMPAHAN?

Hanya RM55 (430g)

Kepada anda yang nak buat tempahan stok madu bolehlah klik link di bawah ini.

Mobirise

JOIN D'HIJRAH DI FACEBOOK

Address

No 15 Jalan LEP 6/2
Taman Lestari Putra
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor 

Contacts

Email: admin@dhijrah.com.my
Phone: +60 12-2247213