Nabi Saw bersabda :
"Selama aku berjalan pada malam Isra' bersama malaikat, mereka selalu berkata; hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam."
(HR Ibnu Majah)
“Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. ”
Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, bahan pengawet, penyedap rasa, pemanis, racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
D'Hijrah Naturopathic Centre
No 15 Jalan LEP 6/2 Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami, atau untuk buat temujanji.
Isnin - Ahad
Siang: 10:00am hingga 6:00pm
Malam: 8:00pm hingga 10:00pm (by appointment)