Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point’. Jarum-jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti jarum perak, jarum tembaga dan jarum emas.
Jarum-jarum halus ini dapat mengeluarkan Tenaga Qi iaitu tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit.
Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut - denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘Deqi ’ dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakit.
Anehnya, meskipun perawatannya menggunakan jarum, namun pengubatan ini tidak menimbulkan rasa sakit. Bahkan, salah satu manfaat yang paling popular dari akupuntur ialah untuk mengurangi rasa sakit kronik di seluruh tubuh dengan cara yang alami.
Rawatan akupuntur dapat membantu organ dalaman memperbetulkan ketidakseimbangan pada proses penghadaman, penyerapan dan penghasilan aktiviti tenaga seterusnya melancarkan pengedaran tenaga melalui jaluran meridian. Dalam bahasa sains moden, tusukan jarum pada titik akupuntur akan merangsang sistem saraf untuk merembeskan dan melepaskan enzim kimia dalam otot, saraf tunjang dan otak. Enzim kimia ini bertindak samada mengubahkan rasa sakit (contoh: endogenous opioid neuropeptides) atau mencetuskan pelepasan enzim kimia dan hormon lain yang boleh mempengaruhi sistem keseimbangan dalaman badan. Keseimbangan biokimia dan tenaga yang dihasilkan melalui akupuntur akan meransang penyembuhan kendiri tubuh seterusnya menjana kesejahteraan emosi dan fizikal.
Merangsang atau mengaktifkan saraf
Menstabilkan pengaliran darah
Menormalkan tekanan darah
Merangsang tenaga Chi
Mengatasi pelbagai penyakit
Tidak menggunakan dadah
Tidak ada kesan sampingan
Kos Efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)
Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)
Melegakan kesakitan
Mengatasi kemurungan
Meningkatkan kecerdasan
Mengatasi masalah rabun
D'Hijrah Naturopathic Centre
No 15 Jalan LEP 6/2 Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami, atau untuk buat temujanji.
Isnin - Ahad
Siang: 10:00am hingga 6:00pm
Malam: 8:00pm hingga 10:00pm (by appointment)