Tingkatkan ‘Tenaga Penyembuhan’ semulajadi tubuh badan melalui perawatan Homeopati.
Seni Perawatan Homeopati berfungsi dengan cara meningkatkan keupayaan ‘Tenaga Hayat/ Vital Force’ bagi membina ketahanan tubuh dan menambah kecergasan fisiologi agar tubuh boleh berfungsi dengan optimum.
Kaedah Homeopati berfungsi merawat ‘individu’ tanpa mengira apa pun jenis penyakit yang dihidapi. Apabila tahap keupayaan ‘Tenaga Hayat’ seseorang individu itu berjaya ditingkatkan maka tubuh badan itu dengan sendirinya mampu merawat penyakit yang dihidapi.
D'Hijrah Naturopathic Centre mengalu-alukan kehadiran anda yang ingin mencuba kaedah Homeopati sebagai ikhtiar dalam meningkatkan tahap dan kualiti kesihatan tubuh badan. Anda perlu menyatakan dengan jelas tentang masalah kesihatan yang dialami dan perawat bertugas akan memastikan anda mendapat penawar homeopati yang tepat untuk diri anda sendiri berpandukan keluhan & semboyan insan yang terdapat pada tubuh badan anda.
D'Hijrah Naturopathic Centre
No 15 Jalan LEP 6/2 Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami, atau untuk buat temujanji.
Isnin - Ahad
Siang: 10:00am hingga 6:00pm
Malam: 8:00pm hingga 10:00pm (by appointment)
Dalam merawat sesuatu penyakit, simptom-simptom yang ditunjukkan atau diceritakan oleh pesakit seperti demam, rasa sakit atau batuk, dijadikan asas bagi pemilihan ubat-ubat yang sesuai. Nama penyakit tidak begitu penting dalam pemilihan ubat-ubatnya. Misalnya seorang pesakit mengadu sakit perut yang memulas-mulas terutama pada waktu pagi dan pesakit rasa lega bila diurut.
Dengan simptom-simptom ini dan tanda-tanda fizikal sahaja, seorang pengamal homeopati dapat memilih ubat yang sesuai tanpa mengambil kira penyakitnya itu gastrik atau pelbagai nama lain. Walau bagaimanapun, pengetahuan mengenai penyakit adalah perlu bagi mengenal penyakit-penyakit yang merbahaya yang diluar kuasa homeopati.
Contohnya jika sakit perut itu disebabkan apendiks yang pecah atau saluran usus yang tersumbat yang memerlukan pembedahan segera, maka seorang pengamal homeopati akan mengesyorkan pesakit untuk mendapat rawatan dari pakar lain yang bersesuaian. Pengetahuan penyakit ini juga penting, di dalam pengawalan penyakit-penyakit berjangkit seperti denggi, difteria dan sebagainya.
Mengikut teori homeopati, ubat-ubatnya bertindak pada sistem pertahanan tubuh. Ia menguatkan sistem tersebut supaya tubuh dengan sendirinya dapat melawan segala kuman-kuman atau penyakit yang menyerang orang itu. Kita dapati di sini homeopati adalah cara rawatan yang lembut dan semulajadi.
Kewujudan simptom-simptom tubuh yang tidak normal adalah satu cara tubuh untuk memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh itu. Simptom atau gejala-gejala yang terdapat pada seseorang seperti demam, batuk dan rasa sakit merupakan tindakbalas pertahanan tubuh terhadap penyakit. Demam dengan sendirinya dapat membunuh banyak kuman yang menyerang tubuh. Batuk adalah satu cara mengeluarkan habuk dan benda-benda kotor dalam saluran pernafasan.
Rasa sakit pula adalah tanda ada sesuatu yang tidak kena, dan perlu diambil perhatian. Maka didapati di sini, betapa pentingnya gejala-gejala tersebut diberi perhatian dalam menjaga kesihatan seseorang. Apa yang dikalukan oleh seorang pengamal adalah memadankan simptom-simptom yang ditunjukkan pesakit dengan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pelbagai ubat homeopati, dalam usaha untuk mencari penawar yang mujarab.
Satu lagi perkara unik mengenai kaedah homeopati adalah penggunaan ubat dengan dos atau kepekatan yang sangat rendah. Melalui proses pencairan yang berganda-ganda, bahan yang asalnya mungkin toksik atau beracun dapat dijadikan ubat yang selamat. Ubat-ubat homeopati diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan, haiwan, serta garam galian. Oleh kerana dosnya yang sangat rendah, ibu yang sedang mengandung dan bayi yang baru lahir boleh menggunakan ubat-ubat homeopati tanpa ragu-ragu.
Homeopati adalah suatu sistem perubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkan melalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. Asas kepada sistem ini adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud "serupa menyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yang mampu menimbulkan gejala penyakit, mampu juga menyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain. Melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan.Boleh diambil olh semua golongan.
Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disamping membuang toksin (detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas
(healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utk mempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalam memilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.
Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.
Sebagai mematuhi peraturan undang-undang, kami tidak akan gunakan jenama produk yang ada sebelum ini, sebaliknya akan gunakan nama Penawar Tunggal (single remedy) bagi Homeopati Dan hanya akan dibuat ikut tempahan atau keperluan pesakit @ Pelanggan. Sistem perubatan ini tidak gunakan bahan aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanya pil laktosa @ sukrosa yang menyimpan gelombang berfungsi merangsang tubuh untuk rawat diri sendiri. Penggunaan ubat homeopati tidak sepatutnya diletakkan dibawah akta racun.
Jadi jangan ragu2 dengan ubat homeopati yg terbukti selamat.
Mulut hendaklah bersih daripada sebarang rasa dan bau yang kuat seperti rokok, kopi, rempah, air kelapa dan seumpamanya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil ubatan homeopati.
Jangan menyentuh ubat homeopati dengan jari, logam, barangan bergelombang elektrik dan seumpamanya, gunakan bahan seperti sudu plastik, kayu, kaca atau bahan bukan pengalir elektrik.
Ubat homeopati amat baik diambil ketika perut kosong, hendaklah dijarakkan makan ubatan lain sekurang2nya 1 jam.
Hisap atau kemam ubat homeopati hingga cair di mulut.
Ubat homeopati tiada kesan sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melebihi sukatan. Bagaimanapun kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravation), menandakan tubuh sedang bekerja menyingkir toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Sekiranya tidak tahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti sementara waktu.
Bagi penyakit yang kronik atau yang lebih lama hendaklah mengamalkan ubat homeopati secara berterusan sehingga sembuh.
Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami, atau untuk buat temujanji.
Isnin - Ahad
Siang: 10:00am hingga 6:00pm
Malam: 8:00pm hingga 10:00pm (by appointment)